Assalamualaikum wbt semua.
Pretty hot Wednesday.
Okay,
Point-point berikut ini adalah olahan persendirian daripada ceramah ustaz Fawwaz Md Jan.
Mesti la ramai kenal kann.
Penceramah bebas yang sangat lembut dalam ceramahnya tetapi tegas. *thumbsup
No. 1
Pemberian/ Sedekah untuk pembinaan Masjid/Surau
- Beliau berkata berdasarkan hadis, walaupun sedekah kita kecil/bernilai kecil seperti sangkar burung, tetapi menyumbang dalam pembinaan masjid/surau niat kerana Allah, Allah SWT akan membinakan kita mahligai di syurga nanti.
And masa saya dengar tu saya rasa macam "APAAAAAAAA!" sangat la terharu smpi mcm tu sekali Allah sayang kat hambaNYA. :'(
No. 2
Menjaga kebersihan Masjid/Surau
- Contoh yang diberi ustaz, nampak tandas penuh dengan pasir/ nampak tahi cicak/ nampak kertas pembalut gula-gula dsb. Silalah membersihkannya dan Allah akan memberi ganjaran yang sangat besar.
Ceritanya, ada seorang wanita tua yang selalu mengutip sampah di Masjid Nabawi, dan dia telah meninggal dunia dan sahabat2 tidak memaklumkan khabar ni kepada Rasullulah. Apabila Nabi SAW tidak nampak wanita tua itu, dia bertanya kepada sahabat2 dimana wanita tua itu, lalu sahabat2 menjawab bahawa wanita tua itu telah meninggal dunia. Nabi SAW berpesan kepada sahabat, sekiranya ada sesiapa saja yang meninggal di Madinah, perlulah memaklumkan kepada dia. Selepas itu, Rasullulah pergi kek kubur wanita tua itu dan solat jenazah di sana. Selesai solat, Rasullulah memberitahu sahabat2 bahawa dia nampak wanita tua itu sedah berada di syurga....
Subhanallah :'(
No. 3
Menyenangkan hati/Menunaikan hajat orang yang beriman.
*ini dapat ingat example je :(
Contoh,
- Ayah yang kepenatan balik dari masjid dan anaknya memberitahu bahawa hari ni hujung minggu, dia teringin nak makan sekian2 and ayahnya membawanya pergi makan, anaknya gembira, besar pahala.
- Anak meminta ibunya masakkan sekian2 menu pada esoknya dan ibunya memenuhi permintaan anaknya, anak suka..besar pahalanya..
- ini BONUS, ayah-ayah dah lamaaaa teringin nak kahwin ke2, dan ibu-ibu... :P *sambung sendiri XD
Senang bukan Allah nak bagi ganjaran dekat hambanya..tapi muhasabah diri la..kadang2 benda sekecil ini la yang kita tak buat pun..Tak rasa rugi ke? So, apa lagi? Lepas ni jangan lupa untuk grab segala peluang yang ada! ;)
*Nota kaki: Ini semua hanyalah berdasarkan apa yang difahami oleh saya, jika perlukan rujukan hadis sahih, sila pergi menonton video ceramah Ustaz Fawwaz di Youtube. Semua dihujung jari, senang bukan ;)
Semoga bermanfaat.
Terima kasih sebab singgah, marilah kita jadi lebih baik dari semalam :)
Assalamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment